Monday 23 June 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelanggan yang budiman, kami di ASHRYKA ENT. ingin mengucapkan selamat menyambut ramdhan Al-Mubarak. Semoga tahun ini menjadi ibadah yang sempurna buat kita.



Bersempena itu, kami ingin mempromosikan perkhidmatan membuat kabinet dapur atau perabot bagi rumah anda dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang terbaik.

Kami bukan orang tengah, tetapi kami adalah pembuat perabot dan kabinet yang anda idamkan! Custom design anda boleh diusulkan dan kami sedia membantu anda dalam mereka kabinet dan perabot yang terbaik berdasarkan pengalamn kami lebih 8 tahun!!! 

Kami merupakan syarikat kecil, mempunyai kapasiti yang sederhana dalam menerima dan menghasilkan tempahan perabot bajet atau kabinet bajet yang anda idamkan. Kami tidak menghasilkan poster dan tampal di mana-mana perumahan atau tepi jalan dengan harapan mendapat banyak tempahan, tetapi kami cuma promosi melalui kenalan dan blog ini sahaja supaya kami mampu mengawal jumlah tempahan yang diterima dan tidak mengecewakan pelanggan demi menjaga kualiti produk kami.



Harga kami, InsyaAllah adalah antara yang terendah tetapi kualiti kami adalah yang trbaik kerana  kami tahu selok-belok dalam perniagaan ini melalui pengalaman selama 8 tahun. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai nasihat design kabinet atau perabot idaman anda, InsyaAllah kami akan membantu anda dalam merealisasikan impian anda.

caranya mudah sahaja!
1)Anda call/sms kami. Nombor seperti tertera di sebelah kanan blog ini!
2) Kami datang ukur saiz perabot atau kabinet yang anda idamkan.
3) Kami memberi cadangan design yang sesuai dan mengikut citarasa anda atau mengikut design anda sendiri.
4) Bincang harga. Insyallah. Semuanya dalam bajet anda!!
5) Kami buat tempahan anda di bengkel (bukan kilang) kami.
6) Kami pasang kabinet anda dirumah pada waktu yang ditetapkan!

Bagaimana? Mudahkan? Apa lagi? Hubungi kami sekarang! =)

Perkhidmatan kami bermula dari Melaka sampailah ke Kuala Lumpur! =)

Luas? Bengkel dan pejabat kami di Beranang, dan pelanggan kami ada di Melaka, Negeri sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah...

Kami ingin mencari rezeki halal, membantu anda, berniaga dengan jujur. Bukan untuk menipu anda dan cas berlebihan. 

Kalau tidak percaya, anda boleh cuba. Orang yang berurusan dengan anda, orang yang ukur dan orang pasang kabinet anda adalah orang yang sama. Membuktikan kami adalah peniaga dan pembuat kabinet dan perabot anda.



Tak mengapa kalau tak beli, nak bertanya pun boleh. Call kami mengenai kabinet atau perabot. Perniagaan adalah satu ibadah jika dilakukan mengikut syariaat. =)


Terima kasih.. =) Selamat berpuasa! Insyallah, ada rezeki, berjumpa kita. =)

*p/s: gambar diatas adalah contoh sahaja yang kami ambil dari internet. Anda boleh google design yang anda mahu, dan kami akan bantu anda. Hubungi kami untuk bantuan. Terima kasih.